| TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN KURSUS PASSPORT KESELAMATAN DI NIOSH |
| 1. |
- Mulai Ogos 2021, pihak NIOSH telah melaksanakan pendaftaran secara dalam talian di laman sesawang NIOSH melalui e-daftar
- Pendaftaran kursus adalah disahkan setelah bayaran yuran dibuat secara dalam talian
- Jika ada peserta yang ingin menarik diri, notis pembatalan secara emel hendaklah dihantar ke training@niosh.com.my sebelum kursus bermula. Pembayaran balik yuran kursus dan adalah mengikut ketetapan berikut :-
- Sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh kursus, bayaran balik akan diberikan dengan potongan sebanyak RM54.00 untuk caj pentadbiran
- Sekiranya kurang daripada tujuh (7) hari, bayaran tidak akan dikembalikan
- Bagi peserta yang telah mendaftar dan tidak hadir pada hari kursus, bayaran tidak akan dikembalikan.
- Peserta yang telah mendaftar kelas pada hari pertama, bayaran tidak akan dikembalikan.
- Pertukaran lokasi kursus dan tarikh tidak dibenarkan.
- Majikan akan dikenakan bayaran penuh sekiranya pesertanya dibawah Geran HRDC Claimable Courses menarik diri dan tidak menghadiri kursus.
|
| 2. |
Waktu pendaftaran kursus bermula pada jam 8.00 pagi di semua premis NIOSH. |
| 3. |
Peserta yang berstatus Salah Laku Peperiksaan (SLP) TIDAK DIBENARKAN mendaftar kursus tersebut mengikut tempoh hukuman yang diputuskan oleh Jawatankuasa Siasatan. |
| 4. |
Peserta hendaklah membawa kad pengenalan atau pasport ASAL (bagi bukan warganegara). |
| 5. |
- Peserta yang lengkap 100% kehadiran dan lulus penilaian yang disahkan oleh Tenaga Pengajar layak menerima kad passport keselamatan setelah bayaran dijelaskan. Kad passport keselamatan boleh diambil mengikut ketetapan berikut :-
| Jenis Pengeluaran Kad |
Kaedah |
Tempoh Masa Pengambilan Kad |
| Kad Fizikal |
Kursus Fizikal |
Satu (1) Hari Bekerja Selepas Kursus |
| Kad Digital |
- Bagi peserta dibawah Geran HRDC Claimable Courses, kad dan sijil hanya boleh dijana sekiranya pihak majikan menyerahkan Borang JD14 dan Borang T3 yang telah ditandatangan.
|
| 6. |
Perlindungan insuran akan berkuatkuasa pada tarikh kursus untuk semua program passport keselamatan kecuali Program Passport keselamatan NIOSH TM (NTMSP). |
| 7. |
Bagi program NTMSP, tarikh kuatkuasa perlindungan insuran adalah pada tarikh lulus penilaian. |
| 8. |
Peserta boleh membuat semakan polisi insurans di https://verge-assist.com/, selepas 2 bulan daripada tarikh kelas dijalankan. |
| 9. |
Bermula 1 Januari 2024, NIOSH tidak menyediakan makan-minum kepada peserta sepanjang kursus dijalankan. Peserta dinasihatkan membawa bekal sendiri atau membeli makanan daripada penjual di NIOSH atau membeli makanan daripada kedai/restoran yang berhampiran dengan NIOSH. |
| 10. |
Peserta diminta untuk membawa alat tulis (pensil dan pen) untuk sesi pembelajaran. |
| 11. |
NIOSH adalah kawasan larangan merokok. |
| 12. |
NIOSH tidak akan bertanggungjawab keatas barangan peribadi peserta jika berlaku sebarang kehilangan di premis NIOSH. |
| 13. |
Pihak NIOSH tidak menanggung kos penginapan atau pengangkutan peserta sepanjang kursus berjalan. |
| 14. |
Peserta diminta berpakaian kemas dan berkasut (Selipar tidak dibenarkan). |
| 15. |
Sila maklumkan kepada pihak NIOSH sekiranya terdapat gejala atau keadaaan yang dikhuatiri boleh memudaratkan. |
| 16. |
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-8769 2100 / 03-8911 3800 atau emelkan ke wecare@niosh.com.my. |
| 17. |
Berkuatkuasa 1 Mac 2024 semua kursus akan dikenakan cukai SST sebanyak 8% |
| MAKLUMAT GERAN HRDC CLAIMABLE COURSES |
| (Ahli HRDF) Mohon membuat pendaftaran menggunakan HRDF e-TRiS untuk Geran HRDC Claimable Courses sebelum tarikh latihan berjalan dan email ke NIOSH (wecare@niosh.com.m) salinan geran yang telah diluluskan oleh HRDF (tertakluk kepada kelulusan). |
| 1. |
Bagi pendaftaran menggunakan Geran HRDC Claimable Courses, Pelanggan perlu mendapatkan kelulusan HRD Corp terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran kursus NIOSH. Pelanggan hendaklah menghantar salinan dokumen kelulusan HRD Corp melalui emel NIOSH (wecare@niosh.com.my) sebelum tarikh kursus. (Sila maklumkan sekali tajuk kursus, lokasi kursus dan tarikh kursus di dalam emel).
|
| 2. |
Majikan akan dikenakan bayaran penuh sekiranya peserta dibawah Geran HRDC Claimable Courses menarik diri, hadir tidak lengkap atau tidak menghadiri kursus.
|
| 3. |
Peserta yang menggunakan Geran HRDC Claimable Courses adalah diwajibkan menghadiri 75% jam kehadiran.
|
| 4. |
Sijil / Kad / Keputusan penilaian akan di beri kepada peserta selepas pihak majikan menyerahkan borang JD14 dan borang-borang lain yang telah lengkap kepada pihak NIOSH. |
| 5. |
Peserta hendaklah membawa kad pengenalan atau pasport ASAL (bagi bukan warganegara); |
| 6. |
Peserta atau majikan yang telah membuat bayaran yuran kursus, tidak boleh menukar kaedah bayaran menggunakan Geran HRDC Claimable Courses. |
| DOKUMEN PERLU DIBAWA SEWAKTU PENDAFTARAN KURSUS DI NIOSH |
| 1. |
Warganegara: Kad Pengenalan asal (MyKad / MyPR / Kad Tentera).
|
| 2. |
Bukan warganegara: Passport asal dan dalam tempoh yang sah..
|
| 3. |
Sekeping gambar berukuran passport.
|
| 4. |
Membawa bukti pesanan kerajaan / surat daripada jabatan jika peserta datang daripada kerajaan (siap dicetak).
|
| 5. |
Jika ada sebarang dokument atau Purchase Order (PO) yang perlu ditandatangani dan dicop, peserta hendaklah membawanya sewaktu hari pendaftaran kursus di NIOSH.
|
| 6. |
Peserta yang menggunakan Geran HRDC Claimable Courses hendaklah membawa salinan dokumen kelulusan HRDCorp.
|